Tuesday 22 December 2015

Portal Pembelajaran IPGM Kampus Tidak Dapat Dicapai.

Salam sejahtera, Sehati Sejiwa.

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara tersebut di atas.

IPGM sedang menjalankan proses "migrate data" ke server baru, dengan ini, perkhidmatan untuk semua Portal Pembelajaran IPGM Kampus tidak dapat dicapai.
Error 404 - Page Not Found!


Pihak kami akan memaklumkan kepada anda sekalian apabila perkhidmatan ini telah dipulihkan.

Terima kasih.

Takwim Akademik Tahun 2016

Anda boleh mencapai kalendar akademik tahun 2016 di sini:


Walau bagaimanapun, jadual waktu interaksi hanya akan dipaparkan setelah maklumat selanjutnya diterima.

Sekian. Terima kasih.

Saturday 12 December 2015

Schoology

Salam sejahtera 1 Malaysia, Sehati Sejiwa!

Mulai tahun 2016, semua IPGK akan berusaha bergerak daripada Moodle kepada platform Schoology. Walau bagaimanapun, pensyarah anda masih bebas memilih sama ada menggunakan Portal Pembelajaran IPGM Kampus, Schoology ataupun platform yang lain untuk tujuan pembelajaran atas talian.


Sekiranya pensyarah anda telah menyediakan tapak kursus berlandaskan Schoology, beliau akan memaklumkan anda "ACCESS CODE"  untuk mencapai tapak kursus tersebut.


Maka anda perlu membuka akaun pelajar Schoology bagi mencapai maklumat kursus nanti.


Anda perlu:
  1. Layari laman web Schoology dengan mengeklik pautan ini:
    Schoology.
  2. Klik butang "Get Started".
  3. Daftarkan akaun pengguna di Schoology dan pilih peranan sebagai "Student".
  4. Login ke Schoology dengan mengisi KOD kursus yang disediakan oleh pensyarah anda.



Yang berikut adalah tutorial untuk penggunaan Schoology:


Pihak kami akan menguruskan taklimat penggunaan Schoology nanti.

Sekian. Terima kasih.

Thursday 27 August 2015

Cara mudah memuat turun video YouTube

Terdapat pelbagai cara untuk memuat turun video YouTube, seperti melalui instalasi RealPlayer, YouTube Downloader, dll.
Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan muat turun secara online.

Berikut merupakan salah satu cara untuk muat turun video YouTube secara percuma daripada SaveFrom,net:


Sunday 9 August 2015

Koleksi Lagu Tema Hari Kebangsaan Malaysia

Lagu Tema Hari Kebangsaan 2015


Lagu Tema Hari Kebangsaan 2014


Lagu Tema Hari Kebangsaan 2013



Lagu Tema Hari Kebangsaan 2012




 Lagu Tema Hari Kebangsaan 2011



Friday 7 August 2015

Modul PPG Terkini

Salam sejahtera 1 Malaysia.

Anda boleh muat turun modul PPG terkini dengan mengeklik Menu Bar yang terdapat di bahagian atas: "MODUL PPG TERKINI:" mengikut kod program masing-masing.

Untuk makluman Tuan/Puan/Dr., modul ini merupakan folder yang telah di"zipped" mengikut program pengajian, yang terdiri daripada modul mulai semester 1 hingga semester Terakhir.

Anda juga boleh memuat turun modul daripada mirror site:


Sekian sahaja. Harap maklum.

Friday 3 July 2015

En. Mohd. Rosman Salubin menerima APC Tahun 2014

Penolong Penyelaras Program Pensiswazahan Guru (PPG), En. Mohd. Rosman telah berjaya memperolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk Tahun 2014.


En. Mohd Rosman bin Salubin menerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemeralang tahun 2014 daripada Dr. Hamzah bin Ihsan, Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Selain daripada memegang jawatan sebagai Penolong Penyelaras Program Pensiswazahan Guru (PPG), En. Rosman juga dipertanggungjawabkan sebagai:
  • Ahli Panel Kurikulum Baru PISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran IPG pada peringkat IPGM.
  • Pengerusi Panel Penilai Buku Teks KSSR Pendidikan Khas Tahun 5.
  • Jurulatih peringkat negeri bagi Kursus Kompetensi PPP untuk kenaikan pangkat Gred DG41 ke DG44.
  • AJK Pertubuhan Belia Sri Londang Laut, Batu Pahat.
  • AJK PIBG SK Seri Paya, Batu Pahat.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau atas kejayaan dan sumbangan beliau. Semoga beliau diberkati dengan rahmat dan kesihatan bagi meneruskan perkhidmatan cemerlang!

Hari Guru 2015


Selamat  datang kepada semua  warga IPGKTHO!


line
Selamat  menyambut Hari Guru!

Anda boleh klik pautan yang berikut untuk maklumat:



line
Berikut merupakan video terbitan Thailand yang menggambarkan sumbangan guru dalam mendidik anak murid dan membawa transformasi minda dan sikap:
Yang berikut merupakan Mini Movie bertemakan "Little acts of kindness that bring about transformation" terbitan WooHoo Pictures Sdn. Bhd, karya tempatan.
Walaupun ia ada sedikit  sahaja dialog antara watak utama dalam bahasa Mandrin, tetapi rasanya boleh difahami ceritanya melalui aksi pelakon-pelakon. 
line

Monday 25 May 2015

OLL - Penggunaan alternatif: Google Apps

OLL PPG

Apakah yang dimaksudkan sebagai "OLL"?
Bagaimanakah kita gunakan pelan B sekiranya Portal Pembelajaran IPGM Kampus tidak dapat diakses?


Bagaimanakah Gmail membantu dalam aspek ini?