Friday 3 July 2015

En. Mohd. Rosman Salubin menerima APC Tahun 2014

Penolong Penyelaras Program Pensiswazahan Guru (PPG), En. Mohd. Rosman telah berjaya memperolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk Tahun 2014.


En. Mohd Rosman bin Salubin menerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemeralang tahun 2014 daripada Dr. Hamzah bin Ihsan, Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Selain daripada memegang jawatan sebagai Penolong Penyelaras Program Pensiswazahan Guru (PPG), En. Rosman juga dipertanggungjawabkan sebagai:
  • Ahli Panel Kurikulum Baru PISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran IPG pada peringkat IPGM.
  • Pengerusi Panel Penilai Buku Teks KSSR Pendidikan Khas Tahun 5.
  • Jurulatih peringkat negeri bagi Kursus Kompetensi PPP untuk kenaikan pangkat Gred DG41 ke DG44.
  • AJK Pertubuhan Belia Sri Londang Laut, Batu Pahat.
  • AJK PIBG SK Seri Paya, Batu Pahat.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau atas kejayaan dan sumbangan beliau. Semoga beliau diberkati dengan rahmat dan kesihatan bagi meneruskan perkhidmatan cemerlang!

No comments:

Post a Comment