Wednesday 20 January 2016

KL EdTech Day 2016

Google Educator Group (GEG) Chapter Petaling Jaya menganjurkan aktiviti ini bertujuan berkongsi maklumat berhubung pengintegrasian teknologi dalam pendidikan.

Butiran berhubung aktiviti adalah seperti yang berikut:
Tarikh   : 23 Jan 2016 (Sabtu)
Masa    : 7.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : IPG Kampus Bahasa Melayu

Untuk yang sudah berdaftar, sila hadirinya dengan menepati masa.

Friday 15 January 2016

TAKLIMAT PENGGUNAAN SCHOOLOGY UNTUK PELAJAR PPG SEMESTER JAN-MEI 2016

TAKLIMAT  PENGGUNAAN  SCHOOLOGY  UNTUK  PELAJAR  PPG  SEMESTER  JAN-MEI 2016

Tarikh  :    16 Jan 2016 (Sabtu)
Masa    :    2.00 ptg - 3.00ptg
Tempat:   Bilik Kuliah B9, Tingkat 1, Blok Bestari, IPGKTHO.

Salam sejahtera 1 Malaysia.

Memandangkan Portal Pembelajaran IPGM Kampus masih belum boleh digunakan disebabkan proses pemindahan pangkalan data IPGM ke Server baru, beberapa kursus akan dikendalikan melalui platform Schoology untuk pelaksanaan komponen pembelajaran atas talian.

Sila klik pautan yang berikut bagi memuat turun panduan penggunaan Schoology versi mobile.





Sekian sahaja. Terima kasih.

Sunday 10 January 2016

PINDAAN JADUAL WAKTU INTERAKSI PPG SEM JAN-MEI 2016


Salam sejahtera 1 Malaysia.

Terdapat pindaan pada Jadual Waktu Interaksi PPG Semester JAN-MEI 2016. Sila klik pautan yang berikut untuk memuat turun bahan yang berkenaan.

Memandangkan Portal Pembelajaran IPGM Kampus tergendala perkhidmatannya disebabkan oleh projek pemindahan pangkalan data IPGM ke Server baru, sila rujuk laman web rasmi IPGKTHO ataupun Blog OLL PPG untuk maklumat lanjut.

Saturday 9 January 2016

Jadual Waktu dan Kalender Interaksi PPG Semester Jan-Mei 2016

Salam sejahtera 1 Malaysia.

En. Rosman bin Salubin, Penolong Penyelaras PPG telah muatnaikkan kalendar akademik dan maklumat interaksi PPG untuk semester Jan-Mei tahun 2016.

Sila klik pada pautan yang berikut untuk memuat turun bahan-bahan yang berikut:


Catatan:

Portal Pembelajaran IPGM Kampus tidak dapat dicapai pada masa ini kerana IPGM sedang dalam proses migratepangkalan data ke Server baru.

Aktiviti OLL akan dikendalikan melalui Schoology.Pensyarah anda akan memaklumkan anda berhubung penggunaan schoology.

Anda boleh rujuk laman web rasmi IPGKTHO dan juga blog OLL PPG untuk maklumat lanjut berhubung hal ehwal PPG.

Sekian sahaja. Terima kasih.

Tuesday 22 December 2015

Portal Pembelajaran IPGM Kampus Tidak Dapat Dicapai.

Salam sejahtera, Sehati Sejiwa.

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara tersebut di atas.

IPGM sedang menjalankan proses "migrate data" ke server baru, dengan ini, perkhidmatan untuk semua Portal Pembelajaran IPGM Kampus tidak dapat dicapai.
Error 404 - Page Not Found!


Pihak kami akan memaklumkan kepada anda sekalian apabila perkhidmatan ini telah dipulihkan.

Terima kasih.

Takwim Akademik Tahun 2016

Anda boleh mencapai kalendar akademik tahun 2016 di sini:


Walau bagaimanapun, jadual waktu interaksi hanya akan dipaparkan setelah maklumat selanjutnya diterima.

Sekian. Terima kasih.

Saturday 12 December 2015

Schoology

Salam sejahtera 1 Malaysia, Sehati Sejiwa!

Mulai tahun 2016, semua IPGK akan berusaha bergerak daripada Moodle kepada platform Schoology. Walau bagaimanapun, pensyarah anda masih bebas memilih sama ada menggunakan Portal Pembelajaran IPGM Kampus, Schoology ataupun platform yang lain untuk tujuan pembelajaran atas talian.


Sekiranya pensyarah anda telah menyediakan tapak kursus berlandaskan Schoology, beliau akan memaklumkan anda "ACCESS CODE"  untuk mencapai tapak kursus tersebut.


Maka anda perlu membuka akaun pelajar Schoology bagi mencapai maklumat kursus nanti.


Anda perlu:
  1. Layari laman web Schoology dengan mengeklik pautan ini:
    Schoology.
  2. Klik butang "Get Started".
  3. Daftarkan akaun pengguna di Schoology dan pilih peranan sebagai "Student".
  4. Login ke Schoology dengan mengisi KOD kursus yang disediakan oleh pensyarah anda.



Yang berikut adalah tutorial untuk penggunaan Schoology:


Pihak kami akan menguruskan taklimat penggunaan Schoology nanti.

Sekian. Terima kasih.