Wednesday, 20 January 2016

KL EdTech Day 2016

Google Educator Group (GEG) Chapter Petaling Jaya menganjurkan aktiviti ini bertujuan berkongsi maklumat berhubung pengintegrasian teknologi dalam pendidikan.

Butiran berhubung aktiviti adalah seperti yang berikut:
Tarikh   : 23 Jan 2016 (Sabtu)
Masa    : 7.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : IPG Kampus Bahasa Melayu

Untuk yang sudah berdaftar, sila hadirinya dengan menepati masa.

Friday, 15 January 2016

TAKLIMAT PENGGUNAAN SCHOOLOGY UNTUK PELAJAR PPG SEMESTER JAN-MEI 2016

TAKLIMAT  PENGGUNAAN  SCHOOLOGY  UNTUK  PELAJAR  PPG  SEMESTER  JAN-MEI 2016

Tarikh  :    16 Jan 2016 (Sabtu)
Masa    :    2.00 ptg - 3.00ptg
Tempat:   Bilik Kuliah B9, Tingkat 1, Blok Bestari, IPGKTHO.

Salam sejahtera 1 Malaysia.

Memandangkan Portal Pembelajaran IPGM Kampus masih belum boleh digunakan disebabkan proses pemindahan pangkalan data IPGM ke Server baru, beberapa kursus akan dikendalikan melalui platform Schoology untuk pelaksanaan komponen pembelajaran atas talian.

Sila klik pautan yang berikut bagi memuat turun panduan penggunaan Schoology versi mobile.





Sekian sahaja. Terima kasih.

Sunday, 10 January 2016

PINDAAN JADUAL WAKTU INTERAKSI PPG SEM JAN-MEI 2016


Salam sejahtera 1 Malaysia.

Terdapat pindaan pada Jadual Waktu Interaksi PPG Semester JAN-MEI 2016. Sila klik pautan yang berikut untuk memuat turun bahan yang berkenaan.

Memandangkan Portal Pembelajaran IPGM Kampus tergendala perkhidmatannya disebabkan oleh projek pemindahan pangkalan data IPGM ke Server baru, sila rujuk laman web rasmi IPGKTHO ataupun Blog OLL PPG untuk maklumat lanjut.

Saturday, 9 January 2016

Jadual Waktu dan Kalender Interaksi PPG Semester Jan-Mei 2016

Salam sejahtera 1 Malaysia.

En. Rosman bin Salubin, Penolong Penyelaras PPG telah muatnaikkan kalendar akademik dan maklumat interaksi PPG untuk semester Jan-Mei tahun 2016.

Sila klik pada pautan yang berikut untuk memuat turun bahan-bahan yang berikut:


Catatan:

Portal Pembelajaran IPGM Kampus tidak dapat dicapai pada masa ini kerana IPGM sedang dalam proses migratepangkalan data ke Server baru.

Aktiviti OLL akan dikendalikan melalui Schoology.Pensyarah anda akan memaklumkan anda berhubung penggunaan schoology.

Anda boleh rujuk laman web rasmi IPGKTHO dan juga blog OLL PPG untuk maklumat lanjut berhubung hal ehwal PPG.

Sekian sahaja. Terima kasih.